CARA MEMBAIKI PENDRIVE YANG TERKENA VIRUS

virus effection, pendrive terkena virus, cara atasi masalah open with, cara membaiki komputer
Pernahkah anda menghadapi masalah setelah pendrive anda terkena serangan virus? anda sudah scan dengan menggunakan antivirus tetapi masih lagi menghadapi masalah dimana anda menghadapi kesulitan untuk membuka pendrive anda. Setiap kali anda ingin membuka pendrive anda, window open with akan keluar.


Masalah ini bukan sahaja boleh terjadi kepada pendrive sahaja tetapi ianya juga boleh terjadi kepada hard disk anda dimana partition C atau partition D atau mana-mana partition anda juga boleh menjadi seperti itu. Jadi macam mana nak selesaikan masalah itu?

Disini saya ingin berkongsikan cara mudah untuk membaik pulih pendrive atau pun hard disk anda yang telah terkena kesan virus itu. Caranya mudah sahaja dimana anda cuma perlu install antivirus yang boleh dipercayai dan kemudian update antivirus tersebut. Selepas itu, buat full scan pada komputer anda (jika komputer anda yang terkena kesan jangkitan virus tersebut). Jika komputer anda dalam keadaan normal tetapi pendrive anda sahaja yang bermasalah, scan pendrive tersebut dengan antivirus yang telah update.

Seterusnya, buka program notepad yang  telah sedia ada dalam komputer anda dan taip [autorun] (taip semua yang telah di bold kan dan diwarnakan dengan warna biru) dan kemudian save fail tersebut dengan nama autorun.inf pada tempat yang anda suka. Selepas itu anda cuma perlu copy dan paste file tersebut dalam pendrive anda dan replace file yang lama. Selepas itu, tanggalkan pendrive anda daripada komputer dan cuba pasangkan lagi sekali dan cuba buat double click.

Jika hard disk komputer anda yang terkena jangkitan virus tersebut, sila paste kan pada partition komputer anda dan restart komputer anda. Jika anda masih tidak berjaya untuk membuat fail tersebut, sila download disini sahaja. Sekian terima kasih.
Share on Google Plus

About Mohd Sharifuddin Omar

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

4 comments:

  1. Kalau pendrive xleh nak format tu cemane? kne virus ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya macam tu la.. tak pun kesan daripada virus tu. try la scan dulu. Scan kat pc atau laptop yang ok la.. yang antivirus dah update la. boleh jugak usha antivirus tu kat link ni.

      Delete