MENJUAL PERALATAN MEMANCING

Peralatan Memancing
Dalam entri kali ini, saya nak berkongsikan kepada semua berkenaan dengan penjual yang menjual peralatan memancing seperti joran, reel, tali pancing dan banyak lagi yang boleh dikatakan terbaik. sebelum ini pun saya sendiri pernah mendapatkan peralatan memancing daripada mereka dan barangnya pun amat berkeadaan baik. Memang tak rugi kalau nak berurusan dengan mereka sebab penjual yang menjual peralatan memancing ni boleh dikatakan sangat berpengalaman dan sangat senang untuk berkongsikan tip-tip berkenaan penjagaan barangan memancing ini dan sebagainya.

Daiwa Saltiga Z
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan mesin reel daiwa saltiga 4500 atau 4500H, disini juga korang boleh dapatkan dengan harga berpatutan bergantung pada keadaan mesin reel tersebut. Reel daiwa bersaiz 4500 ini sangatlah sesuai untuk dijadikan reel untuk dimainkan bersama joran pantai kerana tali pancing yang boleh diisi tidaklah terlalu sedikit dan tidak terlalu berat untuk orang yang kurang bertenaga atau berbadan kecil.

Shimano stella
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan mesin reel shimano stella juga boleh dapatkan dengan penjual yang menjual peralatan memancing yang akan saya bongkarkan nanti. Baca satu-satu ya. hehe.. Shimano Stella juga merupakan salah satu mesin terbaik yang setanding dengan daiwa saltiga. Untuk pemancing yang suka memancing dengan joran pantai, saiz 8000 adalah saiz yang biasa orang gunakan untuk memancing kerana tali pancing yang boleh diisi juga sangat banyak dan tidak terlalu berat berbanding saiz yang lagi besar. Untuk mengetahui berat mesin tersebut, korang boleh la mencari dalam google untuk menilai sendiri berat mesin shimano tersebut sesuai dengan korang atau tidak.

Shimano twinpower
Shimano Twinpower juga merupakan salah satu reel yang boleh dikatakan peralatan memancing terbaik untuk digunakan. Saiz 8000 adalah sangat sesuai untuk reel berjenama Shimano untuk joran pantai kerana saiznya yang tidak terlalu besar dan kapasiti tali pancing yang boleh diisi tidaklah terlalu pendek. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan reel ni juga bolehlah hubungi seperti dalam nama-nama yang akan diberikan nanti.

Gancu ikan
Selain daripada reel daiwa saltiga, shimano stella, shimano twinpower, masih ada banyak lagi jenama lain yang mereka jual. selain itu, peralatan memancing seperti gancu ikan juga jangan dilupakan sebab kalau pakai mesin mahal-mahal tapi bila ikan besar yang makan juga masih sukar untuk dinaikkan tanpa gancu ikan. untuk mendapatkan gancu ikan juga korang bolehlah hubungi rawi gancu atau saya sendiri untuk mendapatkannya. Dalam entri sebelum ini juga ada diceritakan berkenaan gancu ikan yang terbaik. untuk melihat gambar gancu ikan dengan lebih terperinci, korang bolehlah klik disini untuk membacanya.

Seperti yang saya katakan tadi, penjual peralatan memancing yang saya maksudkan tadi adalah seperti dibawah. sekian harap maklum.

1) Capt Mohd Rosdi facebook  atau whatsapp
2) Ayahmu Yasin facebook atau whatsapp
3) Rawi Gancu facebook atau whatsapp
4) Matdin facebook atau whatsapp
Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment