CARA MEMBINA HEKSAGON SEKATA JIKA DIBERIKAN JARAK ANTARA SISI



Sebelum ini ada ditunjukkan bagaimana caranya untuk melukis heksagon jika diberikan salah satu panjang sisinya. Kalau sudah lupa bolehlah tengok kat sini. Dalam entri kali ini, saya nak tunjukkan bagaimana caranya untuk melukis bentuk heksagon jika diberikan jarak antara sisi yang bertentangan.


Langkah yang pertama ialah, bahagikan garisan jarak yang diberikan itu kepada dua bahagian dan tandakan garisan persilangan tersebut sebagai titik pusat heksagon yang akan dibina. Sila rujuk gambar dibawah


Langkah kedua ialah, bermula daripada titik pusat heksagon tersebut, binakan empat garisan yang bersudut 30 darjah daripada garisan jarak antara dua sisi tersebut. Pastikan garisan yang dibina tersebut melepasi garisan jarak antara dua sisi yang diberikan seperti dalam gambar dibawah.



Langkah ketiga ialah, binakan satu garisan lurus yang berserenjang dengan hujung garisan jarak yang telah diberikan sehingga bersilang dengan garisan yang telah dibina dalam langkah kedua sebentar tadi. ulang langkah ini pada hujung garisan jarak yang lagi satu. sila rujuk dalam gambar dibawah.



Langkah keempat ialah, binakan garisan yang selari bermula daripada garisan persilangan yang telah terhasil daripada langkah ketiga tadi. Binakan garisan selari ini pada setiap garisan persilangan yang telah dihasilkan tadi dan hasilnya adalah seperti dalam gambar dibawah.




Setelah kesemua garisan selari tadi siap dibina, makan akan terhasillah bentuk heksagon ditengah-tengah tadi dan dengan menggunakan pensil yang terang, binakan garisan objek pada bentuk heksagon tersebut seberti dalam gambar dibawah. Selamat mencuba.



Share on Google Plus

About Mohd Sharifuddin Omar

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

4 comments:

  1. Dah lama tak melukis poligon begini.

    ReplyDelete
  2. Teringat balik zaman2 universiti dlu...tq tuan...

    ReplyDelete