MELUKIS BENTUK POLIGON


Dalam sabjek lukisan kejuruteraan, poligon adalah salah satu tajuk yang akan diajarkan kepada pelajar dimana terdapatnya beberapa jenis bentuk poligon yang sekata dan juga poligon yang tidak sekata. Apakah yang dimaksudkan dengan poligon?


Poligon ialah satah yang terdiri daripada garisan lurus yang lebih daripada empat sisi dimana namanya berbeza mengikut bilangan sisinya. Antara bentuk-bentuk poligon yang biasa dilihat ialah pentagon (5 sisi), heksagon (6 sisi), heptagon (7 sisi), oktagon (8 sisi), nonagon (9 sisi), dekagon (10 sisi).

Antara bentuk-bentuk poligon yang diajar dalam sabjek lukisan kejuruteraan tingkatan 4 adalah seperti bentuk dibawah.


Bentuk pentagon akan diajarkan kepada pelajar dimana terdapat dua kes yang perlu diselesaikan. Kes pertama ialah, pelajar diajarkan untuk melukis bentuk pentagon jika diberi panjang untuk satu sisi. Kes kedua ialah, pelajar diajarkan untuk melukis bentuk pentagon didalam bulatan dengan kaedah terterap lilit.


Bentuk heksagon juga diajarkan kepada pelajar dimana terdapat tiga kes yang perlu diselesaikan. Kes yang pertama ialah, pelajar diajarkan melukis bentuk heksagon jika diberi panjang satu sisi. Kes kedua pula ialah pelajar diajarkan untuk melukis bentuk heksagon jika diberi jarak antara sisi yang bertentangan dan kes yang ketiga ialah, pelajar diajarkan untuk melukis bentuk heksagon jika diberikan jarak antara penjuru yang bertentangan.

Oktagon

Bentuk oktagon diajarkan kepada pelajar dimana terdapatnya tiga kes yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Kes pertama ialah, pelajar diajarkan cara-cara melukis bentuk oktagon jika diberi panjang satu sisi bentuk oktagon tersebut. Kes kedua pula ialah, pelajar diajarkan bagaimana caranya untuk melukis bentuk oktagon jika diberikan bulatan terterap lilit dan kes yang ketiga pula ialah, pelajar akan diajarkan pula bagaimana caranya untuk melukis bentuk oktagon didalam bentuk kotak segi empat sama.

Akan datang akan diajarkan dengan lebih detail bagaimana caranya untuk melukis bentuk poligon ini mengikut kes yang telah diterangkan sebentar tadi. Sekian terima kasih.






Share on Google Plus

About Mohd Sharifuddin Omar

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment