CARA TUKAR FAIL WORD KEPADA PDF

Kerja anda selalu diciplak dan diubah suai oleh rakan anda? Anda dituduh mencuri atas hasil kerja anda sendiri? Bagaimana nak kurangkan risiko kecurian hasil kerja anda? Selalunya assignment atau kerja di pejabat dibuat dengan menggunakan perisian atau software microsoft office word dimana ianya mudah digunakan dan juga diedit atau ubahsuai. Jadi untuk mengurangkan risiko hasil kerja anda ditiru atau diubahsuai anda bolehlah menyimpan fail tersebut dalam bentuk PDF. 

Jadi kita memerlukan software adobe reader untuk membuka fail tersebut. Dimana nak dapatkan installer adobe reader? Anda boleh memuat turun atau mendownload perisian atau software tersebut disini. Bagaimana nak tukar fail microsoft office word kepada PDF? Baiklah, disini saya ingin berkongsikan bagaimana caranya untuk menukarkan fail microsoft office word kepada fail PDF. Pertama sekali ialah, anda cuma perlu save seperti biasa iaitu, file --> save as kemudian satu tetingkap atau window akan keluar seperti dalam gambar dibawah.


Kemudian  pilih lokasi dimana fail tersebut nak disimpan dan kemudian tukarkan bahagian save as type tu daripada word document kepada PDF seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.

 

Kemudian tekan butang save dan siap. Sekain sahaja untuk hari ini.
Share on Google Plus

About Mohd Sharifuddin Omar

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment